Tuesday 4 October 2011

Bencana Alam

Salam ribut,

Pada 17hb September 2011 jam 5-6petang berlaku bencana alam di Ketengah Jaya. Rumah yang terlibat adalah di Taman Sejahtera, Taman Taqwa, Taman Ehsan dan Taman Murni. Sebanyak 91 buah rumah dalam JKKK Ketengah Jaya telah mengalami bumbung tercabut dan pecah. Selain itu kerosakan kepada pokok-pokok tepi jalan, belakang dan depan rumah menyebabkan talian telepon dan elektrik terganggu selama beberapa jam. Sehingga jam 11 malam tersebut bekalan elektrik telah pulih sepenuhnya. Rumah Tok Penghulu Mukim Rasau masih bergelap sehingga keesokan harinya kerana kerosakan MCB & ELCB.

Bangunan lain yang rosak adalah Surau, Tadika & Sekolah Agama. Balairaya Ketengah Jaya hanya mengalami kerosakan kecil pada MCB akibat litar pintas.

Kejadian tersebut telah menarik perhatian YB Parlimen dan YB Dun Paka. Mereka telah menghantar wakil untuk meninjau kawasan tersebut pada petang itu. Selain itu pihak Ketengah juga telah bermesyuarat pada keesokan paginya dan mereka beramai-ramai juga meninjau dan memutuskan untuk memberi bantuan kecemasan. Namun demikian pejabat Daerah Dungun, iaitu Dato DO Mustofa hadir memberi jaminan untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan segera dan mintak kontraktor Aziz Roka menyegerakan bantuan atap tersebut.

Pada pagi itu juga, kontraktor telah bertungkus lumus untuk menunaikan tanggung jawab berat tersebut dengan sebaik mungkin. Perkara tersebut selesai beberapa hari kemudian. Semua rumah tersebut telah menerima bantuan atap & perabung.

Pejabat belia Dungun telah menghantar beberapa belia-beliawanis untuk turut serta membantu di beberapa buah rumah yang rosak teruk.

Keadaan kembali pulih seperti sedia kala beberapa minggu kemudian.

Terima kasih kepada SEMUA yang terlibat membantu mangsa bencana alam tersebut samada sedar atau tidak telah menyumbang walaupun setitik peluh dan semoga Allah jua yang dapat membalas jasa baik saudara sekalian. Kita berdoa agar Ketengah Jaya seterusnya dijauhi mala petaka. Amin.

 pokok tumbang melintang jalan

pokok tumbang terkena talian elektrik

 tadika taman ehsan

pokok besar tercabut akar kena bumbung tadika

 antara rumah yang rosak teruk

 kesian, banjir rumah takde atap

 rebah gak

 nampak mcm sikit tapi sebenarnya banyak

 berani anak tuan rumah nih

 antara yang menolong, terima kasih

 mujur ada canvas utk tutup sementara

 cover dulu, hujan..

 terang benderang

 tinggal dinding jer..

sambungan atap, bahaya talian elektrik tuh..

 antara yang nampak sikit, tapi banyak.

 out focus..  tp mmg confirm terbang atap tuh..

 semua boleh tercabut..

 hilang gak..

 teruk kan?

 masyaAllah..

 subhanallah...

 canvas tutup jgn bagi hujan masuk..

 antara mangsa..

 cover ngan plastik meja makan..

 terbang gak 5 keping..

Banyak lagi.. tp itu saja buat tatapan sekarang.. SubhanAllah..

No comments:

Post a Comment